Sunday 24 April 2011

LONJAKKAN HARGA EMAS




LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).


Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.


SUMBER : KOSMO 14 APRIL 2011


Adakah emas boleh dijadikan simpanan atau pelaburan?

Sejak akhir-akhir ini ramai yang berlumba-lumba membeli emas fizikal? Kenapa ye? jawapannya kerana mereka sedar tentang kepentingan menyimpan emas.

Namun terdapat 2 jenis penggemar emas.
Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan.

Sekiranya anda mempunyai emas anda telah mempunyai satu sumber simpanan yang kukuh disamping anda mempunyai pelaburan yang terjamin dimasa hadapan.ini disebabkan harga emas meningkat pada peratusan yang agak tinggi iaitu secara puratanya 27% setahun.

Antara faktor kenaikan harga emas dunia ialah terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas oleh pihak tertentu. Pihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yang disimpan, tetapi 'meminjamkan' emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan untuk mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi.Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain dengan menggunakan kertas sahaja.

Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Cuba kita kaji dan tanya pada emak atau nenek kita yang ada barang kemas tanya pada mereka harga yang dibeli dahulu mesti mereka akan cakap emas dulu murah..sekarang dah mahal..nah disinilah jawapannya sebenarnya secara tidak langsung mereka telah melabur dan menyimpan wang dalam perhiasan yang mereka gunakan.

Mari kita kaji sedikit sebanyak tentang wang kertas. Secara umumnya semua orang faham bahawa apabila wang kertas dicetak, nilainya akan turun. Nilai RM 50 dahulu tak sama dengan RM50 sekarang.

Namun satu perkara yang perlu difahami ialah penurunan nilai wang kertas tidak berlaku sejurus sahaja dicetak.

Pada tahun 1982, keseluruhan wang Ringgit yang di dalam kitaran dan dideposit hanyalah 12.47 bilion.
Pada laporan BNM yang terkini nilai itu meningkat kepada lebih 200 bilion.

Jika kita bandingkan, bilangan wang ringgit telah bertambah 16 kali ganda atau 1600%.

Namun harga barang tidak meningkat 16 kali ganda.

Belum lagi.

Secara kasar, berdasarkan pemahaman ringgit, jika wang dicetak lebih, nilainya turun.
Namun apa yang berlaku ialah nilai lambat turun, tetapi tetap akan turun.

Pada kehidupan harian, nilai yang ada pada ringgit itu merosot setiap tahun, pada kadar yang sedikit.
"inflasi 3% , apa kisah"

Namun inflasi sebenar adalah kadar yang lebih tinggi.
Sistem kawalan harga yang membuatkan ianya kelihatan rendah.

Satu hari nanti ia akan membuak jua. Tanda tanda awal ialah "tidak mampu tanggung subsidi".
Pengsubsidian adalah kaedah menyembunyikan inflasi sebenar.

Fungsi emas adalah menyimpan nilai sebenar.

Andai kata 20 gram emas mampu untuk menghantar anak ke universiti.
Maka kalau ada krisis kewangan bagaimana pun, 20 gram emas itu masih mampu untuk menghantar anak ke universiti, walaupun ketika itu 20 gram emas harganya RM 10,000.


Menurut teori ahli kewangan yang tersohor, supaya menyediakan rizab kewangan beberapa bulan gaji.
Maka rizab itu perlu disediakan juga dalam bentuk emas.

Memang kalau boleh tidak mahu ringgit itu runtuh, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.

Ketika British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar digunakan, namun apabila Jepun memerintah Kertas itu tidak lagi laku. Kemudian British datang balik, wang kertas jepun pula tidak laku.

Apa terjadi kalau hasil titik peluh disimpan dalam bentuk wang kertas, lenyap sekelip mata?

Maka, menyimpan emas, adalah menyimpan hasil titik peluh, supaya nilainya tidak merosot akibat membuakan inflasi atau krisis kewangan jadi tukarlah duit lebihan atau simpanan gaji anda kepada emas agar simpanan anda akan sentiasa stabil walaupun 10 tahun akan datang dan semakin lama anda simpan emas semakin tinggi nilai wang yang anda laburkan.

Kesimpulannya bila ada wang belilah emas...