Wednesday 13 April 2011

Harga Dinar dan Dirham Meningkat

Bermula tengah malam waktu Malaysia, Harga emas dan perak meningkat naik sehingga mencatatkan index tertinggi iaitu 1392usd/oz dan perak 26.5 usd/oz. Drp sumber yg dipercayai adalah di sebabkan pakej rangsangan oleh US.

Dengan secara langsungnya, harga dinar dan dirham turut terlibat. Sekarang ini, harga 1 dirham telah mencapai RM 18 di mana 2 ke 3 bulan lepas harganya baru RM 13 mencatatkan kenaikan lebih 38 %. Manakala 1 Dinar pula menampakkan kenaikan sekitar 8 ke 10 % dlm tempoh yg sama.

Ironinya, walaupun harga perak meningkat malangnya stok perak semakin sukar utk diperolehi. Baik dari dalam negara mahupun luar. Justeru, ia menjadikan perak satu logam yg begitu popular buat masa ini berbanding emas. 

Bagi saya, ia adalah satu perubahan yg positif dari kalangan rakyat Malaysia yg mana menjadi petunjuk bahawa penggunaan Dinar dan Dirham sudah dekat masanya. Mereka sudah sedar akan potensi perak dan nilai emas ini berbanding dgn wang fiat.